Wednesday, 22 May 2019

Diary Entry of SE Project

GIG1005 – Social Engagement



Diary Entry
Nama: Jacky Chung Chin Keong
Nombor Matrik: WIG180014

Pada Hari Isnin, 18 Mac 2019, semasa kelas Social Engagement, kami telah mengadakan perbincangan tempat yang kami akan mengadakan projek SE. Selepas dua jam membincang, kami telah memilih sekolah rendah menjadi pilihan pertama kami untuk mangadakan projek Rahmadan. Kami telah menentukan pelajar tingkatan tiga dan empat untuk menjadi peserta projek kami.
Selasa, 19 Mac 2019. Pada perjumpaan harini, kami telah mengadakan perjumpaan untuk membincang projek pertama. Kami telah membincangkan tentang aktiviti yang sesuai untuk pelajar-pelajar di Sekolah Bangsar. Untuk menanbah pengetahuan pelajar,  kami telah mencadangkan aktiviti-aktiviti yang mempunyai aspek pengetahuan sains. Aktiviti yang kami cadangkan adalah seperti Ice Breaking, Crossword puzzled, pH paper experiment dan Building a Parachute. Kami telah menggunakan 1 jam untuk membincang aktiviti-aktiviti ini.

Selasa,26 Mac. Pada harini, setiap biro dalam kumpulan kami telah menagihkan tugasan kepada ahli mereka supaya semua ajk dapat mengetahui perjalanan projek ini dengan lebih jelas dan projek ini dapat dijalankan dengan lancar. Selepas itu, kami telah mengaturkan pengangkutan untuk bertolak ke destinasi projek. Disebabkan kami tidak mempunyai pengangkutan sendiri, kami telah memilih Grab menjadi pengangkutan kami. Selain itu, kami juga telah membincang tentang fundraising untuk mendapatkan duit supaya dapat membeli barang-barangan untuk projek kami.

Ahad, 31 Mac 2019. Pada hari ini, kami telah menjalankan aktivti fundraising. Kami mengadakan jualan kek lapis yang enak. Penghantaran telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pukul satu petang hingga dua petang dan pukul lapan malam hingga sembilan malam di Kolej Kediaman 8 dan Kolej Kediaman 12.

Pada Hari Isnin, 1 April 2019, sama dengan semalam, kami telah menjalankan aktivti fundraising. Kami mengadakan jualan kek lapis yang enak. Penghantaran telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pukul satu petang hingga dua petang dan pukul lapan malam hingga sembilan malam di Kolej Kediaman 8 dan Kolej Kediaman 12.

Pada Hari Isnin, 22 April 2019, setelah membincang dengan pengurus Sekolah Bangsar, kami telah membuat keputusan untuk menukarkan tempat membuat projek kami , kami telah menghadapi masalah. Kami ada mencadangkan beberapa pilihan tempat untuk menjalankan projek SE. Akhirnya, kami telah memilih The Pure Life Society sebagai tempat kami jalanakn projek social engagement kami.

Pada 26 April 2019, iaitu Hari Jumaat,se lepas perbincangan, kami telah melakuan aktiviti-aktivit untuk golongan remaja yang berumur antara 13 hingga 18. Hadiah-hadiah yang akan diberikan jugak ditentukan oleh ami selepas berbincang. Kami bersetuju untuk membeli board games dan barangan keperluan harian. Aktiviti seperti charades, birdbox chair, timbang and chucky chucky. Kami mengajar mereka bermain aktiviti-aktviti ini.
Malang tidak berbau, pada hari kejadian iaitu 27 April, saya telah sakit dan akibatnya tk dapat menghadir diri ke projek pertama.

Pada 17 April 2019, iaitu Hari Jummat, kami telah menjalani projek yang ketiga iaitu memberikan sumbangan kepada rumah anak yatim di Pusat Jalinan Kasih, Cheras. Sumbangan kami terdiri daripda makanan, barang keperluan kanak-kanak dan sumbangan wang.  Sumbangan yang kami berikan ini ialah terdiri daripada kutipan yang kami jalankan. Kanak-kanak di situ berseronok apabila nampak kami datang dan kami telah bermain dengan mereka.

Selepas projek SE ini, saya telah menjadi lebih syukur dengan kehidupan saya. Saya ada satu keluarga yang cintai saya dan dapat belajar di Universiti di Malaysia.